+ -

Pages

Wednesday, March 17, 2010

Portable Software @ Portable Apps

" Deyyyy!! Bende ape portable apps ni?? Xpernah dengar ponn.. Application pernah la aku dengar... "

Wokeyy! Posting yang seterusnya aku nak story sikit pasal Portable Software @ Portable Apps ni. Kita mule dari asas ye. :)

Portable : yang boleh di bawa ke mana - mana dengan mudah
Software@Application : apa - apa program yang ade dalam komputer korang

Portable software@apps adalah di mana korang boleh bawa apa - apa software korang yang dah di simpan dalam portable device korang contoh macam thumdrive, external hard disk, ipod atau mp3 player untuk di gunakan ke dalam komputer yang lain tanpa perlu di install terlebih dahulu.

1. Katakan la korang nak buat kerja - kerja taip tapi komputer tu pulak xde microsoft word lak,kan dah susah.
2. Katakan la pdf yang korang download tu xleh bukak pasal komputer tu x di install Adobe Reader,kan dah susah.
3. Katakan la komputer yang korang gune tu xde ym(yahoo messenger),sah - sah korang xboleh chatting,bohahaha...

Solution die, korang boleh gune software ni PortableApps.com. Software ni gune dia menolong korang andai kate komputer yang korang gune x di install mane - mane software yang patut. Care dia mudah, korang masuk website tu dan download software. Lepas tu korang install pada portable device korang. Mase install tu mungkin agak lambat pasal korang bukan install ke dalam komputer korang.

Dalam software tu lengkap dengan software - software yang membantu korang dalam penggunaan komputer,contoh:
1. OpenOffice Portable (menggantikan microsoft office)
2. Sumatra PDF Portable (menggantikan Adobe Reader untuk bace file PDF)
3. Pidgin @ Skype Portable (menggantikan Yahoo Messenger)
5. Mozilla Firefox Portable(jika komputer tu cume ade Internet Explorer sahaje)
6. NotePad ++ Portable (untuk buat coding programming)
7. CoolPlayer+ Portable (menggantikan Winamp untuk dengar lagu)

dan macam - macam lagi software yang boleh korang guna. Ni adalah screenshot dalam laptop aku.



Cube la! :)
5 akuyangnoob: Portable Software @ Portable Apps " Deyyyy!! Bende ape portable apps ni?? Xpernah dengar ponn.. Application pernah la aku dengar... " Wokeyy! Posting yang seterus...

No comments:

Post a Comment

Komen anda sangat membantu untuk memperbaiki mutu blog ini. Terima Kasih

< >